Skip to main content

Indeks Persepsi Rasuah TI-M tidak cerminkan gambaran sebenar

SHAH ALAM 24 Feb. - Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International-Malaysia (TI-M) yang meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-62 pada tahun 2017 iaitu merosot berbanding kedudukan Ke-55 pada tahun sebelumnya dianggap tidak mencerminkan realiti sebenar usaha kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani amalan salah laku itu di negara ini.
IRMOHIZAM IBRAHIM
IRMOHIZAM IBRAHIM
Perkara itu dibangkitkan Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen Menangani Rasuah (JKMR), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim yang mana beliau sebaliknya menegaskan sejak 2009, Malaysia semasa di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membanteras amalan rasuah termasuklah melaksanakan tindakan berani menjadikan SPRM sebagai sebuah badan bebas dan telus.
Malah, usaha itu katanya diperhebatkan lagi oleh Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melaksanakan pelbagai usaha termasuklah melaksanakan perubahan dalam sistem pentadbiran kerajaan menerusi Program Tranformasi Kerajaan (GTP).
“Malah, SPRM juga telah memperlihatkan keberkesanan mereka dalam mengendalikan kes-kes berkaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa dalam melakukan penahanan dan siasatan terhadap pihak yang terlibat dalam salah laku itu.
“Kita memandang serius dapatan CPI yang dikeluarkan agensi (TI-M) ini. Namun untuk mengatakan siasatan membabitkan kes-kes besar membawa kepada kemerosotan skor dan kedudukan ini tidak boleh diterima secara bulat-bulat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/selangor/indeks-persepsi-rasuah-ti-m-tidak-cerminkan-gambaran-sebenar-1.615555#ixzz586Zd7KgD

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip