Tauke balak rasuah pegawai Jabatan Perhutanan dipenjara sehari, denda RM15,000

KUALA TERENGGANU - Seorang tauke balak dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan merasuah seorang pegawai Jabatan Perhutanan Terengganu sebanyak RM2,000 pada lapan bulan lalu.

Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas Chow Kwee Chai, 48, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes itu.

Beliau turut memerintahkan Kwee Chai yang berasal dari Taman Bersekutu, Kemaman membayar denda sebanyak RM15,000.

Berdasarkan pertuduhan, Kwee Chai didakwa memberi suapan berupa wang tunai RM2,000 kepada seorang Penolong Pegawai Perhutanan Kuala Terengganu di tepi jalan Mukim Binjai, Kaman pada pukul 12.30 tengah malam, 9 Jun 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. - K! ONLINE


http://www.kosmo.com.my/negara/tauke-balak-rasuah-pegawai-jabatan-perhutanan-dipenjara-sehari-denda-rm15-000-1.617475

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip