Bukan tugas SPRM semata-mata

JEMPOL - Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mampu menjadi pemangkin dalam menyebarkan peranan dalam usaha membanteras serta mencegah rasuah.

Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia Wilayah Raja Alias (Kafwra), Hamilye Sham Harun berkata, NGO boleh fokuskan usaha itu di peringkat akar umbi umpamanya di kawasan perkampungan.

“Tugas membanteras dan mencegah rasuah bukan di bahu Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata.

“Sebaliknya ia memerlukan sokongan, bantuan pemimpin politik dan NGO berpengaruh untuk melaporkan salah laku rasuah di tempat masing-masing.

“Mereka perlu bertindak sebagai mata dan telinga SPRM, bukannya menghentam atau mempolitikkan SPRM,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya komitmen itu, Kafwra yakin bersama NGO lain akan membantu sebaik mungkin SPRM memerangi dan membanteras rasuah hingga ke akar umbi.

“Kafwra sentiasa mengalu-alukan dan memberi peluang kepada NGO yang ingin bekerjasama dengan SPRM dalam menganjurkan pelbagai program berkaitan rasuah.

“Program seterusnya, Kafwra akan mengadakan IBR (Ikrar Bebas Rasuah) dalam kalangan NGO dalam Felda Wilayah Raja Alias.

“Roadshow bersama SPRM Negeri Sembilan juga akan dilaksanakan, sekali gus menyemarakkan lagi semangat anti rasuah dengan mencipta gelombang perangi rasuah,” katanya.

Terdahulu, Hamilye Sham dijemput dalam satu sesi temu bual eksklusif bersama dalam hebahan Pautan Radio Streaming SPRM-My Anti Corruption Channel (MACCfm), baru-baru ini.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bukan-tugas-sprm-semata-mata-1.799754#.WopAC8AmWX8.twitter

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip