Komisioner DZ tarik minat murid sekolah

KEPALA BATAS 27 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan maskot Komisioner DZ sempena pelancaran program Sahabat Cilik SPRM dalam usaha menarik murid sekolah bersama agensi itu membanteras gejala rasuah.

Pelancaran program itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad di Sekolah Kebangsaan (SK) Hashim Awang di sini yang turut melibatkan 13 sekolah lain di seluruh negara.

Menurut Dzulkifli, program tersebut dibuat dalam membina hubungan SPRM dengan masyarakat tempatan khususnya murid sekolah bagi menyebarluaskan pendidikan berkaitan ra­suah.

Katanya, kaedah itu dilihat antara pendekatan terbaik dalam mendidik golongan itu tentang kepentingan membasmi masalah rasuah bermula dari awal di samping merupakan tulang belakang bagi melahirkan pemimpin bebas rasuah pada masa depan.

“Program ini (Sahabat Cilik SPRM) adalah susulan pelancaran Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) yang dilancarkan Ogos tahun lepas dalam meneruskan momentum sokongan rakyat terhadap SPRM.

“Dengan pendaftaran ini ahli akan dibekalkan kad Ahli Sahabat Cilik SPRM yang membolehkan mereka menerima pelbagai manfaat terutamanya daripada segi pembelian buku dan peralatan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, maskot SPRM, Komisioner DZ dipilih kerana mahu menarik minat golongan tersebut bersama-sama agensi itu membanteras gejala rasuah.

Dalam pada itu, Dzulkifli memberitahu, pihaknya dalam pe­rancangan melancarkan sebuah kelab atau pasukan kadet khas di bawah kendalian SPRM pada masa depan.

Katanya, ahli kelab atau pasukan kadet khas itu akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti menarik bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala rasuah.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/komisioner-dz-tarik-minat-murid-sekolah-1.617892#ixzz58M20r896 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip