Dua sekeluarga didakwa rasuah polis
ALOR SETAR 21 Feb. - Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 di sini, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM2,000 kepada seorang anggota polis, tiga tahun lalu.
Tertuduh, M. Indrani, 27, dan adik iparnya, Lim Gait Heng, 25, didakwa secara bersama melakukan perbuatan itu pada 7 November 2015, pukul 10.15 pagi di Pejabat Trafik, Balai Polis Trafik Kulim.
Wang rasuah itu didakwa diberikan kepada Koperal Polis di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Mohd. Hilmi Ismail sebagai dorongan kepadanya untuk melepaskan dua individu, Lim Gait Hong dan Lim Gait Kuang yang terlibat dengan kes dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suri rumah tersebut bersama adik iparnya itu yang merupakan seorang buruh am, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syahrul Khuzaini Amiruddin di hadapan Hakim, Azman Abu Hassan sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh manakala tarikh sebutan semula ditetapkan pada 19 Mac depan sementara menanti penyerahan dokumen selain memberi ruang kepada kedua-dua individu berkenan melantik peguam bela. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-sekeluarga-didakwa-rasuah-polis-1.613437#ixzz57i7YxGoD

Comments
Post a Comment