Koperal tak mengaku terima rasuah RM500

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana meminta suapan RM500 daripada seorang lelaki yang ditahan dalam sekatan jalan raya.

Tertuduh, Ruslan Deraman,57, yang berpangkat Koperal mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meminta suapan RM500 daripada Roslan Abd Aziz sebagai dorongan untuk melepaskan kesalahan lelaki terbabit yang menunggang motosikal jenis SYMyang ketika ditahan dalam sekatan jalan raya.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas-tugas Am dan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Wakaf Tapai didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang, pada 13 Februari 2017.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 19 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ameer Abu Bakar Abdullah.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/390087/koperal-tak-mengaku-terima-rasuah-rm500

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip