KUALA TERENGGANU - Dua pemuda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, atas dakwaan cuba merasuah seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bagi mengelak ditahan kerana memiliki dadah, dua tahun lalu. Mohd Fadlil Hasan, 24, dan rakannya Faizal Mohammad Pauzi, 28, mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama. Kedua-duanya dari Kampung Raja, Besut, mengaku salah melakukan perbuatan itu pada 9 Mac 2014, kira-kira jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Limbungan, Kampung Raja, Besut. Mereka didakwa memberikan satu suapan bernilai RM500 kepada seorang ejen kerajaan Malaysia iaitu Inspektor Azizan Aziz dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu. Mereka juga mengaku melakukan perbuatan itu dengan niat agar pihak polis tidak mengambil tindakan terha...