SPRM soal siasat penjual rumah Lim Guan Eng

PUTRAJAYA - Ahli perniagaan, Phang Li Koon dan pemegang saham majoriti KLIDC, Tang Yong Chew Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) hadir untuk menberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Li Koon dilihat datang bersama dengan Yong Chew dan ditemani peguam mereka masuk ke pejabat SPRM pada pukul 8.30 pagi.
Mereka kelihatan keluar dari pejabat tersebut kira-kira pukul 1.30 petang.
Dipercayai kedatangan kedua-dua individu tersebut adalah untuk memberi keterangan mengenai penjualan rumah bernombor 25 di Jalan Pinhorn, Georgetown kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa dibeli pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
Guan Eng didakwa telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri negeri itu dengan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat yang berkait rapat dengan pemilik terdahulu rumah yang dibelinya dengan harga yang murah itu.
Dilaporkan banglo berkenaan dibeli Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan daripada Li Koon iaitu pemegang saham dalam syarikat Windbond Management & Consultant Sdn. Bhd. dengan harga RM2.8 juta.
Pembelian itu dilihat menimbulkan keraguan sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa rumah berkenaan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Li Koon yang merupakan pekerja kanan Kumpulan Winbond. Syarikat yang mempunyai kepentingan pemilikan dalam syarikat KLIDC iaitu syarikat yang memenangi bidaan bagi tanah di Taman Manggis. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz47rAA6cPr 
Hakcipta terpelihara 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip