SPRM sedia siasat jika ada aduan, bukti



Susulan kenyataan DS Zahid Hamidi meminta pihak berkuasa menyiasat kemungkinan wujud elemen rasuah dalam pembangunan projek hingga menyebabkan banjir, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku dan rasuah dalam projek-projek pembinaan di ibu negara untuk tampil memberi maklumat.

Katanya, siasatan hanya boleh dilakukan selepas pihaknya menerima laporan dan maklumat berkaitan unsur rasuah dalam projek berkaitan.

Tambahnya, SPRM perlu mendapatkan fakta yang lebih tepat sebelum sesuatu siasatan rasuah dijalankan dan tidak boleh melakukannya berdasarkan kenyataan umum sahaja.
 


Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip