Rasuah penyebab banjir?
Minggu lepas, ibu negara Malaysia ditenggelami air selepas hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir. Sebanyak empat jalan utama iaitu Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara.
Semestinya kejadian ini menimbulkan kerisauan kepada warga tempatan kerana situasi ini jarang berlaku di Kuala Lumpur selepas hujan lebat.
Susulan itu juga, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dalam pembangunan projek-projek di ibu negara, khususnya yang membabitkan projek mega, sehingga menyebabkan kejadian banjir kilat baru-baru ini.
Beliau juga meminta pihak berkuasa yang berwajib akan diminta menjalankan siasatan itu dan menyediakan laporan lengkap mengenainya bagi membolehkan tindakan susulan diambil.
Bila melibatkan rasuah, semestinya agensi yang terlintas di fikiran adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki juga berkata SPRM tidak keberatan untuk menyiasat kes ini sekiranya terdapat pihak yang membuat aduan dan memberikan bukti kepada SPRM jika mereka ada maklumat mengenai rasuah yang berlaku.
Dalam perkembangan sama juga, DBKL juga tidak keberatan untuk bekerjasama dengan SPRM untuk menyiasat dakwaan rasuah dalam projek pembangunan di ibu negara.
Bila dilihat isu ini, ramai yang prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling dan memperlihat usaha masing-masing bagi melindungi persekitaran negara kita.
Isu rasuah bukannya isu kecil. Projek pembinaan juga mungkin tidak terlepas dengan gejala tidak sihat ini. Terdapat kemungkinan syarikat yang dipilih untuk projek merupakan syarikat yang tidak ditapis dengan sebaiknya.
Mungkin juga mereka merupakan golongan yang memperoleh projek dengan cara yang tidak sihat seperti golongan kroni yang diberikan projek atau dengan hanya menghulurkan duit di bawah meja saja, mereka mampu untuk mendapatkan projek pembinaan tersebut.
Kejadian yang berlaku sememangnya membimbangkan kerana natijahnya telah kita lihat minggu lalu. Ini baru saja sikit yang diperlihatkan kepada kita. Mungkin jika keadaan berterusan maka tidak mustahil jika akibat yang lebih buruk akan menimpa kita.
Pihak yang mempunyai maklumat berkaitan juga harus membantu untuk menyalurkan segala informasi yang ada supaya pihak yang berwajib boleh menjalankan tugas mereka. Jangan biarkan rasuah terus berlarutan sehingga menyebabkan keadaan sudah tidak dapat dikawal lagi.
Semua pihak juga perlu bekerjasama dan membantu antara satu sama lain tidak kira sama ada agensi penguatkuasa, pihak berkuasa tempatan malah rakyat biasa sekali pun. Orang kata, 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Barulah hidup aman bahagia dan sentosa.

Comments
Post a Comment