SPRM beri amaran orang awam beri laporan palsu
KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan memberi amaran kepada orang awam untuk tidak membuat laporan palsu kerana tindakan tersebut akhirnya hanya makan diri sendiri.
Pengarahnya, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata, laporan palsu tersebut termasuklah aduan ataupun memberi keterangan yang berlainan kepada SPRM dan pihak mahkamah, jika kes tersebut dibawa ke peringkat penghakiman.
“Kita juga membuat pemantauan dan penyiasatan di jabatan-jabatan yang mendatangkan hasil kepada negeri. Jika sekiranya ada unsur berkaitan dengan rasuah, tindakan akan tetap diambil.
“Kami tidak mengira siapa dia di belakang, sama ada orang politik atau orang berpengaruh, kita tidak peduli dan keputusan nanti akan diputuskan bahagian pendakwaan.
Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan,”katanya kepada media di sini.
Beliau hadir sesi taklimat khas berserta dialog bersama 120 agensi kerajaan persekutuan di bangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan yang turut dihadiri Pengarah JPP Negeri, Datuk Makhtar Mustapa.
Comments
Post a Comment