Skip to main content

SPRM pantau penguat kuasa rasuah di KLIA dan KLIA2

KUALA LUMPUR 12 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memantau kes melibatkan penguat kuasa yang ditahan oleh polis selepas terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, baru-baru ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, buat masa ini pihak­nya akan memberi laluan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terperinci.

“Biarkan Jabatan Imigresen Malaysia dan PDRM lakukan siasatan terperinci dan kita akan ambil tindakan sebaik sahaja laporan dan siasatan mengenainya selesai.

“SPRM melihat kes ini sebagai serius kerana melibatkan kese­lamatan negara apatah lagi ada penguat kuasa yang bersekongkol untuk bersama-sama menjalankan kegiatan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan lebih 10 sindiket dikesan mendalangi pemerdagangan manusia dan bergerak bebas menjalankan kegiatan mereka di KLIA dan KLIA2.

Hasil siasatan PDRM, kegiatan yang didalangi warga Sri Lanka itu gagal dikesan sebelum ini kerana didakwa mendapat kerjasama daripada segelintir pegawai penguat kuasa tidak bertanggungjawab yang bertugas di dua lapangan terbang berkenaan.

Siasatan juga mendapati kira-kira 10 warga asing keluar menggunakan pasport palsu di KLIA dan KLIA2 setiap hari sejak awal tahun ini.

Maklumat itu dibongkar susulan penahanan dua pegawai imigresen dan 19 individu lain dalam satu operasi khas yang dilancarkan di sekitar Lembah Klang pada 12 April dan 6 Mei lalu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-pantau-penguat-kuasa-rasuah-di-klia-dan-klia2-1.325443#sthash.uKiCBKiw.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip