Lim Guan Eng & isteri dipanggil SPRM

Dalam kita tertanya-tanya dengan apa yang terjadi dengan kejadian helikopter hilang di Sarawak, ada satu lagi isu yang menjadi perhatian ramai hari ini iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dipanggil ke SPRM berhubung pembelian banglo mewah dengan harga murah.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki juga telah mengesahkan semalam mengenai perkara ini serta berkata keterangan mereka direkodkan oleh pegawai SPRM dari Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Datuk Azam juga memaklumkan sehingga hari ini, seramai 62 orang saksi telah direkodkan keterangan berhubung skandal pembelian banglo tersebut.


Hari ini, seperti yang diperkatakan, Lim Guan Eng serta isterinya Betty Chew Gek Cheng memunculkan diri di pejabat SPRM Pulau Pinang pada jam 9 pagi ini. 



Menurut peguam, Gobind Singh Deo, proses mengambil kenyataan dari Guan Eng dan isterinya mengambil masa selama dua hari.

Tempoh proses memberi keterangan ini dijangka dibuat dua sesi iaitu pagi ini sehingga 12 tengahari dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang.


Tahniah diucapkan kepada SPRM kerana berjaya mematikan persoalan bila Lim Guan Eng akan dipanggil. Kalau sebelum ini, bukan main lagi orang 'bertanya' bila SPRM nak mengambil tindakan terhadap isu ini.

Sekarang, SPRM sudah melangkah ke perkembangan terkini dan melalui fasa penting dalam proses siasatan melibatkan kontroversi isu pembelian banglo terlajak murah Lim Guan Eng.

Sememangnya bukan mudah untuk menjalankan siasatan apatah lagi untuk memuaskan hati orang ramai. Bila diperhatikan, macam melampau pun ada orang kat Malaysia ni. Bila SPRM tak panggil salah, panggil pun salah. Awak nak apa sebenarnya?

Isu ini sememangnya menjadi perhatian ramai kerana melibatkan orang besar pembangkang. Malah, siap dibandingkan lagi dengan kes Khir Toyo sebelum ini. Ramai menantikan sama ada nasib Lim Guan Eng akan menjadi seperti Khir Toyo atau pun tidak.

Apa-apa pun, diharapkan SPRM dapat menjalankan siasatan dengan telus, bebas dan profesional dalam kes ini. Rakyat masih menyokong SPRM dalam menjalankan tugas sebagai badan penyiasat yang profesional. Teruskan kerja anda, lakukan apa yang perlu tanpa rasa gentar dan takut.

#supportsprm

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip