Bekas kakitangan Mahkamah KL didakwa salah guna wang
KUALA LUMPUR: Seorang bekas kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah atas 18 pertuduhan salah guna wang berjumlah RM61,000 yang dibayar 18 individu untuk pembayaran denda, tiga tahun lalu. Shahnaz Khan Kamarzaman, 37, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi. Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-18, tertuduh yang ketika kejadian bertugas sebagai Pembantu Operasi di Unit Pendaftaran Mahkamah Sesyen & Majistret (Jenayah) telah dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM61,000. Wang itu dibayar oleh 18 individu untuk pembayaran denda bagi kes tangkap tertuduh yang didakwa di mahkamah. Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Sultan Abdul Halim, antara jam 10 pagi dan 4.30 petang, antara 16 Februari 2015 dan 3 Julai 2015. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara