Rasuah: Cabaran Mahathir kini
UCAPAN selamat sambut ulang tahun yang diterima Tun Dr Mahathir Mohamad kali ini jelas lebih menonjol daripada yang lepas-lepas. Saya kira ia bukan kerana Perdana Menteri ketujuh itu sudah mencecah usia 93 tahun. Tetapi antara yang membuatkan sambutan ulang tahun kelahiran beliau kali ini menjadi lebih istimewa adalah kerana ia jatuh genap dua bulan selepas Dr Mahathir berjaya memimpin parti baharu - Pakatan Harapan - untuk menewaskan parti yang pernah berdiri teguh dan dipertahankan selama berpuluh-puluh tahun - BN - dalam PRU14 pada 9 Mei lalu.
Satu lagi, pada usia 93 tahun pada 10 Julai lalu, ketika hampir semua insan lain seumur dengannya berehat sahaja, beliau sanggup keluar daripada persaraan selama 15 tahun selepas meletak jawatan Perdana Menteri untuk kembali menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia.
Ia adalah sesuatu pencapaian yang ramai, termasuk beliau sendiri, tidak terfikir pun akan berlaku.
Tetapi tugas dan cabaran sebagai Perdana Menteri pada pusingan kedua ini bagi Dr Mahathir jauh lebih besar dan merumitkan daripada ketika beliau menjadi orang nombor 1 antara 1981 dan 2003 dahulu.
Cabarannya makin besar. Ketika Dr Mahathir memimpin BN dan Umno selama lebih 20 tahun, barisan menteri berpengalaman sudah sedia ada, tetapi kali ini beliau dikelilingi dan dibantu oleh barisan kepimpinan, termasuk menteri, yang baharu. Kehadiran mereka membantu kiranya mereka kekal komited, tidak tercalar dengan unsur mencemar imej diri dan parti. Sama ada mereka ini ‘new broom sweeps clean’ (penyapu baharu sapu dengan bersih), hanya masa akan menentukan, Setakat ini masing-masing mempamerkan iltizam.
Masa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali pertama selama 22 tahun, gejala rasuah, penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa tetap ada, tetapi keadaannya lebih serius apabila beliau kembali memimpin Harapan kira-kira dua tahun lalu.
Hari ini, Dr Mahathir kelihatan lebih serius dan lebih bersuara dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran dan ketirisan.
Membawa seluruh anggota Kabinetnya bersama ahli Parlimen ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk menerima taklimat mengenai kewajipan melawan rasuah sempena persiapan untuk mengisytiharkan harta dua hari lalu adalah satu usaha yang dilihat bermakna.
“Saya berharap media menolong dalam usaha memerangi rasuah,” katanya kepada wartawan apabila diminta menyatakan sesuatu sempena ulang tahun kelahirannya kelmarin.
Memang patut pun beliau memberi tekanan kepada usaha memerangi rasuah kerana gejala itu sudah sampai ke peringkat membimbangkan.
“Kita akan lawan habis-habisan bagi mengelak amalan rasuah di negara ini,” katanya dalam ucapannya kepada menteri dan pegawai-pegawai kerajaan di Putrajaya dua hari sudah.
Menurutnya, pucuk pimpinan negara sendiri perlu menunjukkan teladan terbaik dalam usaha mencegah rasuah.
Katanya Pakatan Harapan berjanji untuk melawan rasuah apabila mengambil alih tampuk kepimpinan negara dengan menjalankan pelbagai usaha termasuk menubuhkan satu badan untuk mencegah rasuah dan memperkuatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita sedang gubal undang-undang dan cara mentadbir supaya kita dapat mengurangkan rasuah dan kemungkinan menghapuskan rasuah di Malaysia,” katanya. Tindakan kerajaan Harapan untuk memerangi gejala rasuah, penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa memang dialu-alukan rakyat jelata.
Perlu diingat, itulah antara sebab utama ramai pengundi menolak BN yang sudah berpengalaman tadbir negara ini selama 61 tahun dan memilih Harapan, walaupun ia baharu, sebagai kerajaan pada PRU14.
Andai kata Dr Mahathir khususnya dan Harapan amnya gagal mencapai matlamat yang dikehendaki rakyat dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan, ketirisan, pembaziran, salah guna kuasa dan seribu satu kebobrokan, apa lagi membiarkan rasuah dan penyelewengan terus subur dalam kalangan pemimpin, termasuk yang amat berhormat dan yang berhormat, serta penjawat awam di peringkat atasan, gagal mengisi janji manifesto yang dibuat ketika kempen PRU lalu, jangan terkejut sekiranya Kerajaan Harapan ditolak dan BN dikembalikan sebagai pentadbir negara pada PRU yang diadakan lima tahun dari sekarang. Wallahuaklam.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/rasuah-cabaran-mahathir-kini-1.855699

Comments
Post a Comment