Cabaran tangani rasuah masa kini lebih sukar berbanding 1981, kata Tun Mahathir
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui cabaran menangani rasuah dan salah guna kuasa pada masa kini lebih mencabar berbanding ketika beliau pertama kali dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981.
Mahathir berkata, ketika mengambil alih tampuk pemerintahan negara 37 tahun dahulu, jentera kerajaan pada ketika itu dilihat hampir bersih daripada gejala rasuah tidak seperti masa kini.
Beliau mendakwa tindakan seorang bekas Perdana Menteri 'mempromosikan' rasuah melalui kenyataan cash is king atau 'wang itu raja" mengakibatkan habis jentera kerajaan terlibat.
"Kita kena pilih dan tapis sebelum kita ambil tindakan. Kalau kita syak, kita tidak boleh buang semua pegawai kerajaan yang kita syak (terlibat rasuah) kerana yang demikian kita tiada jentera untuk melaksanakan tugas dan arahan kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan pada Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini yang dihadiri hampir 160 anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) serta anggota pentadbiran kerajaan termasuk Jemaah Menteri. - Bernama
http://www.kosmo.com.my/terkini/cabaran-tangani-rasuah-masa-kini-lebih-sukar-berbanding-1981-kata-tun-mahathir-1.706351

Comments
Post a Comment