Suap RM30 kena penjara sehari, denda RM1,000
SEREMBAN: Padah memberi suapan RM30 kepada anggota polis, seorang pengawal keselamatan wanita dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Nor Leann Nadia Abdullah, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi suapan RM30 kepada Konstabel Syamsul Ikhwani Borhan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang selepas didapati gagal mematuhi arahan lampu isyarat dan menunggang motosikal dengan lesen tamat tempoh.
Perbuatan itu dilakukan di hadapan kedai menjual kenderaan terpakai di Jalan Besar Lukut, Port Dickson, jam 7.20 malam pada 22 Januari lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh yang menangis selepas membuat pengakuan itu bagaimanapun merayu dikenakan hukuman paling ringan kerana dia adalah ibu tunggal yang terpaksa menjaga seorang anak dan ibunya.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurdiyanah Mohd Nawawi dan Pegawai Pendakwa SPRM, Karmila Mokhtar.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/448664/suap-rm30-kena-penjara-sehari-denda-rm1000

Comments
Post a Comment