Kerajaan tekad hapus rasuah

PUTRAJAYA 10 Julai - Kerajaan Pakatan Harapan bertekad untuk bukan sahaja melawan rasuah bahkan akan menghapuskan segala gejala rasuah di negara ini.

Dalam hubungan itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu teladan menolak rasuah harus dimulakan oleh pemimpin-pemimpin negara termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Sejajar dengan itu, kerajaan Pakatan Harapan mengadakan pelbagai program termasuk mewujudkan Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC).

Berhubung tarikh akhir untuk ahli Parlimen dan pegawai pentadbiran kerajaan mengisytiharkan harta masing-masing, Dr. Mahathir berkata, tiada tarikh yang ditentukan buat masa ini.

“Setakat ini tiada lagi sesiapa yang mengisytiharkan harta mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan perutusan khas kepada ahli Parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan pada Program Taklimat Governans, Integriti dan Anti Rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Taklimat itu julung kali diadakan sejak GIACC dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)-UTUSAN ONLINE.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-tekad-hapus-rasuah-1.706320#ixzz5KqJqG14N 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip