Kronologi pendakwaan Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR: Berikut ialah kronologi pendakwaan Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini:

5 pagi

- Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

6.30 pagi

- Polis membawa Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM bagi menambah keselamatan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

7 pagi

- Petugas media dibenarkan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

- Lebih 100 penyokong bekas Perdana Menteri mula berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

7.25 pagi

- Tujuh kenderaan dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memasuki perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

7.37 pagi

- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa keluar dari bangunan ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan Proton Inspira berwarna merah diiringi beberapa kenderaan polis.

8 pagi

- Polis mengambil alih tugas mengawal keselamatan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur daripada polis bantuan.

8.15 pagi

- Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bersama beberapa penyokong.

8.20 pagi

- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

8.30 pagi

- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa masuk ke kamar Mahkamah Sesyen Jenayah untuk pertuduhan.

- Datuk Seri Najib Razak diiringi pasukan peguam belanya yang diketuai, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

- Kedua-dua anak Datuk Seri Najib Razak, Ashman dan Nooryana Najwa hadir memberi sokongan dan memasuki ke bilik mahkamah.

8.40 pagi

- Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan memasuki kamar mahkamah.

9.10 pagi

- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

9.19 pagi

- Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

9.27 pagi

- Satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Datuk Seri Najib Razak mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya.

- Tiada pengakuan direkodkan daripada Datuk Seri Najib Razak

- Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

10 pagi

- Prosiding terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 selesai.

10.30 pagi

- Datuk Seri Najib Razak dibawa ke Mahkamah Tinggi Jenayah 3 untuk direkodkan pengakuan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

10.46 pagi

- Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan ke atasnya dan memohon untuk dibicarakan.

11.52 pagi

- Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan jaminan sebanyak RM 1 juta dengan dua orang penjamin dan Datuk Seri Najib Razak perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

- Bayaran jaminan boleh dibuat secara ansuran sebanyak dua kali.

12 tengah hari

- Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon perintah menghalang media membuat laporan salah atau spekulasi berhubung saksi dalam kes pecah amanah dan rasuah membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

12.18 tengah hari

- Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada membuat komen berhubung merit dan saksi.

12.30 tengah hari

- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Ogos ini untuk pengurusan kes pecah amanah dan rasuah Datuk Seri Najib Razak.

- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18 Februari tahun depan bagi sebagai hari pertama perbicaraan.

1 petang

- Kekecohan berlaku apabila penyokong Datuk Seri Najib Razak melaungkan bahasa Malaysia ketika Peguam Negara Tommy Thomas mula memberikan sidang media.

1.15 petang

- Polis memberi amaran kepada penyokong Datuk Seri Najib Razak supaya tidak membuat sebarang provokasi atau berdepan tindakan ditahan.

2.30 petang

- Peguam Negara, Tommy Thomas membuat sidang media di tingkat lima Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berhubung kes pendakwaan Datuk Seri Najib Razak.

- Dua anak bekas Perdana Menteri, Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib membayar jaminan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak.

3 petang

- Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersama Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media.

3.30 petang

- Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas diikat jamin dan pulang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/445085/kronologi-pendakwaan-datuk-seri-najib-razak

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip

109 Pegawai Baru SPRM Tamat Latihan, Termasuk 15 Pegawai Lepasan Jurusan Perakaunan Menerusi Pengambilan Khas