#16IACC: Apa Motif Jose Ugaz?



Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACC) bakal melabuhkan tirainya esok. Dalam persidangan pencegahan rasuah yang terbesar di dunia yang disertai pakar-pakar terkemuka dalam pelbagai jurusan dari seluruh dunia yang akan berkongsi mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi rasuah ini. 

Satu persoalan timbul kerana Presiden Transparency International (TI), Jose Ugaz dalam ucapan beliau semasa Majlis Perasmian IACC semalam menuduh negara ini sedang berhadapan dengan krisis korupsi yang teruk.
 
Terukkah Malaysia seperti yang digambarkan oleh Ugaz itu. Adakah penganjuran IACC ini hanya melepas batuk ditangga?

Dari logik akalnya pemilihan negara Malaysia bukan hanya dibuat secara rambang, tetapi juga melihat kepada pencapaian dan usaha negara dalam memerangi rasuah. SPRM adalah badan berpengalaman yang mempunyai kepakaran dan juga fasiliti lengkap untuk menangani cabaran rasuah dalam negara. Ini sekaligus membuktikan dakwaan Ugaz tidak berasas dengan menyatakan Malaysia gagal dalam usaha memerangi rasuah.

Mari kita lihat pandanagan pelbagai pihak terhadap usaha SPRM dan Malaysia dalam penganjuran IACC ini.

Pertamanya Pengarah Biro Mencegah Rasuah Brunei, Datuk Paduka Muhammad Juanda A Rashid juga mengakui kerjasama dua hala bersama SPRM disifatkan sebagai gabungan terbaik yang telah menyumbangkan keberkesanan dan kejayaan memerangi rasuah merentasi sempadan. Terbukti keyakinan usahasama ini adalah disebabkan kejayan SPRM di Malaysia memerangi rasuah.
 Adakah kita mahu bekerjasama dengan neraga yang gagal memerangi rasuah?

Keduanya, Penasihat Pencegahan Rasuah Serantau UNDP bagi Asia Pasifik, Elodie Beth mengakui komitmen ASEAN terutama Malaysia dalam memerangi  rasuah meningkat terutamanya melalui penganjuran kempen kesedaran untuk mendidik seperti penganjuran IACC ini. Pengiktirafan Antarabangsa, PBB lagi besar dari Transparency International kot, lagi mahu pertikaikan ke?

Hari ini juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut menyelar Jose Ugaz kerana membuat kenyataan yang tidak adil dan mengelirukan orang ramai. Jose Ugaz sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada Malaysia kepada SPRM dan pihak berkuasa menyelesaikan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang Malaysia dan bukan berkata-kata dengan membenarkan emosi menjadi penghalang kepada keadilan.

Pada persidangan IACC juga, pengasas bersama Transparency International, Michael Hershman juga bersetuju dan meminta semua bersabar bagi membolehkan Malaysia meneruskan langkah transformasinya.

Jelas, terang dan bersuluh keyakinan pelbagai masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dalam memerangi rasuah adalah tinggi sekaligus membuktikan dakwaan Jose Ugaz tidak berasas dengan menyatakan Malaysia gagal dalam usaha memerangi rasuah.

Sebagai anak merdeka pemilihan Malaysia menjadi tuan rumah kali ini adalah tepat dan Malaysia dilihat sebagai negara yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah di rantau Asia. Ini juga adalah satu penghormatan apabila Malaysia dan SPRM dipilih sebagai tuan rumah IACC Ke-16.

Oleh itu, jadikanlah Persidangan IACC  yang julung kalinya diadakan sebagai platform holistik untuk berkongsi pandangan dan pengalaman semua peserta dalam memerangi rasuah dengan lebih berkesan dan bukannya mempolitikkan tuan rumah.




Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip