GADAI NYAWA KERANA TOLAK RASUAH, SELAMAT TINGGAL KEVIN MORAIS

Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas Timbalan Pendakwaraya SPRM, mendiang Anthony Kevin Morais yang menerima berita pemergian mendiang dalam keadaan mengejut.

Baru-baru ini kecoh negara dengan kehilangan bekas mendiang yang didakwa diculik sekumpulan lelaki semasa menuju ke tempat kerja mendiang. Namun, minggu ini kita menerima berita yang sangat mengejutkan selepas mayat beliau ditemui di Subang Jaya dalam keadaan yang sangat menyayat hati.


Kematian mendiang sangat kejam! Diculik, dibunuh, dimasukkan dalam guni, disimen dalam tong dan dicampak ke parit. Ke mana perikemanusiaan mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian mendiang? Begitu murahkah nyawa seseorang sehingga kematian boleh berlaku sebegitu rupa?
 

Menurut laporan berita, suspek cuba merasuah mendiang agar tidak meneruskan kes mahkamah dan perbicaraan yang sedang dilakukan mendiang. Betapa tingginya integriti di dalam diri mendiang sehingga mendiang sanggup menggadaikan nyawa demi tugas yang digalasnya.

Berikut kronologi kehilangan Kevin Anthony Morais ;

4 September;

Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.

5 September;

Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.

5 September;

Davveen memaklumkan pada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

6 September;

Polis meminta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Sehingga kini polis tiada sebarang kepastian. Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September;

Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

14 September;

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis.Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek.

16 September;

6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong yang disorok di kawasan semak, berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi.

8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian.

8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda.

9.15 pagi - petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip