ISU KEMATIAN PUN NAK DIPOLITIKKAN? SHAME ON YOU!

Semalam, MP Kulai kita yang dihormati, YB Teo Nie Ching telah keluarkan satu kenyataan mengenai kematian mendiang Kevin Morais. Katanya patut cari pembunuh Teoh Beng Hock sekali.

Haiyaaa. Ini macam pun masih sempat lagi cari publisiti ka? Orang masih bersedih tapi ini amoi punya akal manyak laju jalan woo. Dia pandai cari peluang mahu selit2.

Buat YB, janganlah politikkan kematian yang sudah pun menyayat hati kita ni. Lagipun kes ni tak ada kena mengena dengan politik pun. Polis dah cakap motif pembunuhan adalah dendam. So, janganlah nak politikkan sangat benda ni.

Kes ini pun masih lagi dalam siasatan polis. Bagi la ruang dekat pihak berkuasa untuk jalankan kerja dengan tenang. Bagi ruang dekat keluarga mendiang untuk rasa tenang. Bagi sokongan moral kepada mereka yang terkesan dengan kehilangan mendiang. Bukannya bagi minyak nak simbah dalam api.

Kita akui setiap pesalah harus dihukum tidak kira siapa pun. Namun, harus diingatkan terma “innocent until proven guilty”. Jangan nak masukkan semua bahan dalam satu periuk. Akhirnya, satu apa pun tak ada.

Akhir kata, tolong la sensitif dengan keadaan sekarang. Jangan pandai nak cari peluang saja. Pantang nampak peluang nak menghentam, haa mula la nak buat kerja tu. Apa-apa pun, bertabahlah keluarga mendiang dengan semua yang menimpa ni.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip