Morais kakitangan cemerlang dan berdedikasi selama 10 tahun dengan SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais satu kerugian besar kepada institusi penegak undang-undang negara ini. 

SPRM dalam satu kenyataan di sini turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Morais. "

Seluruh warga kerja SPRM bersimpati dengan kejadian yang menimpa mendiang Morais, yang berkhidmat dengan penuh berdedikasi dan cemerlang di SPRM selama 10 tahun sebelum kembali ke Jabatan Peguam Negara pada Julai 2014. 

"SPRM berharap keluarga mendiang akan terus tabah menghadapi dugaan ini. SPRM juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang berjaya merungkaikan kehilangan mendiang Morais.  

Pada masa sama berharap mereka yang bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan akan dibawa ke muka pengadilan," kata agensi itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82346

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip