Wira Anti Rasuah (WAR)
Apa itu Wira Anti Rasuah (WAR)? WAR adalah satu program yang diadakan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM untuk mendidik murid-murid dari usia muda tentang rasuah.
Hari ini juga telah berlangsung program WAR di SJK (T) Ladang Rinching, Semenyih. Sekolah ini merupakan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pertama di negeri Selangor mengadakan program WAR pada tahun ini.
Kenapa program ini penting untuk diadakan? Orang kata biarlah melentur buluh dari rebungnya. Pendedahan awal penting untuk diberikan berkaitan pencegahan dan pendidikan berkaitan rasuah kepada generasi muda.
Ramai tak tahu sebenarnya ada kajian yang dilakukan UKM menyatakan 30.5% pelajar sanggup terlibat dengan rasuah bila berkerjaya nanti. Ini memang betul2 membimbangkan kerana merekalah generasi akan datang yang akan teraju kepimpinan kelak!
Di sekolah pun ada rasuah tau! Berdasarkan statistik SPRM bagi tempoh 5 tahun iaitu dari 2010-2015, SPRM menerima 51 maklumat kes rasuah yg berlaku di sekolah!
Pendidikan mengenai rasuah juga bukan tertumpu kepada murid saja di mana guru-guru dan pentadbir sekolah pun akan turut didedahkan maklumat berkaitan SPRM dan kesalahan rasuah. Haa bagus la macam tu. Kita jangan jadi ketam yang mengajar anak berjalan kalau diri sendiri pun dah terlibat dengan rasuah. Orang tua perlulah bagi contoh dan teladan yang baik kepada generasi muda ni kan.
Pendek kata, nilai anti rasuah dan integriti memang perlu diterapkan kepada semua lapisan masyarakat. Ini kerana semua boleh terlibat dengan rasuah tak kira kaum, agama dan umur. Jadi, perangilah rasuah tak kira siapa pun anda!
Comments
Post a Comment