Ahli perniagaan bergelar Tan Sri direman lima hari



PUTRAJAYA 31 Mac - Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Majistret Nis Isfahanie Tasnin Wan Ab. Rahman memerintahkan lelaki berumur 54 tahun itu ditahan reman hingga 4 April ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkannya disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Tan Sri tersebut ditahan semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Lelaki berbangsa Cina itu diminta menyerah diri selepas Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang individu cuba merasuah baginda dengan menawarkan RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi nendapatkan gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Susulan itu, pada 25 Mac lalu menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, baginda bertitah supaya SPRM mengadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/ahli-perniagaan-bergelar-tan-sri-direman-lima-hari-1.464079#ixzz4cs7OZHUT 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip