Exco Johor, Abd. Latif ditahan SPRM



JOHOR BAHRU 9 Mac - Selepas anak dan pegawai khasnya dibebaskan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi pula ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Sejurus penahanan Abd. Latif kira-kira pukul 10.50 pagi itu, SPRM turut merampas kira-kira 150 utas beg tangan berjenama mewah milik isterinya, sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire dan wang tunai RM41,000 dalam serbuan di kediamannya di daerah ini kira-kira pukul 11.40 pagi.

Bagaimanapun, nilai keseluruhan beg tangan berjenama Chanel, Louis Vuitton dan Prada serta rampasan lain masih dalam proses penilaian.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, Abd. Latif, 51, yang kini bercuti daripada tugasnya sejak 1 Mac lalu ditahan di pejabat SPRM negeri ini semasa hadir untuk memberi keterangan membantu siasatan kes berkenaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan pada masa sama memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan telus,” katanya.

Pada 24 Februari lalu, SPRM menahan enam lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun di beberapa lokasi di sini yang terdiri daripada anak dan pegawai khas kepada seorang Exco kerajaan negeri, dua pemaju, seorang peguam dan seorang awam.

Menurut SPRM, kesemua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium ta nah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di negeri ini.

Hasil penahanan tersebut, wang sebanyak RM15.5 juta yang disimpan dalam 45 akaun milik suspek dibekukan manakala 21 buah kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai sebanyak RM500,000 dan pelbagai dokumen dirampas.

Pada 28 Februari lalu, seorang kontraktor berusia 46 tahun turut ditahan di kediamannya ke rana turut disyaki terlibat dalam skandal tersebut, namun dibebaskan kelmarin atas jaminan SPRM selepas direman selama tujuh hari.

Pagi ini, empat individu termasuk anak dan pegawai khas Abd. Latif dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas direman selama 14 hari.

Penahanan Abd. Latif itu merupakan kes kedua yang me libatkan anak dan bapa disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa selepas bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman dan anaknya, Ahmad Zukhairi ditahan dan telah didakwa terlibat dalam jenayah berkenaan.


http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/exco-johor-abd-latif-ditahan-sprm-1.454309#ixzz4bAsae7nB 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip