Isu pingat: SPRM ikrar jalankan siasatan telus

SHAH ALAM - Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) berikrar akan memastikan siasatan telus akan dijalankan berhubung pendedahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenaan pendedahan baginda mengenai ada orang tengah cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa pihaknya akan memastikan tindakan yang sewajarnya akan diambil berdasarkan undang-undang selepas siasatan selesai dilakukan.

"SPRM amat menyanjung tinggi sokongan penuh baginda kepada SPRM serta komitmen  berterusan baginda dalam memerangi dan menghapuskan jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini, amnya, dan di Negeri Johor," kata SPRM dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan menghadap Sultan Ibrahim berhubung kes berkenaan.

Perjumpaan itu berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara hari ini.

Dzulkifli tiba di lokasi berkenaan pada 8.30 pagi dan berada bersama baginda sehingga kira-kira 9.40 pagi namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu ketika ditanya pemberita.

Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip