RM41,000, Vellfire, 150 beg tangan



Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM41,000, Toyota Vellfire dan 150 beg tangan pelbagai jenama hasil pemeriksaan di rumah seorang Exco kerajaan negeri yang ditahan pagi tadi.
Rumah Exco lelaki itu di daerah ini digeledah selepas beliau ditahan kira-kira 10.50 pagi tadi, bagi mencari sebarang penemuan yang boleh membantu siasatan.
Terdahulu, suspek berusia 51 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor dekat Jalan Persiaran Tanjung.
Siasatan terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Menurut sumber SPRM, suspek akan dibawa ke mahkamah pada pagi esok, untuk mendapatkan perintah tahanan reman.





Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip