Ketua Pesuruhjaya SPRM menghadap Sultan Johor
KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung pendedahan baginda mengenai ada orang tengah cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.
Perjumpaan itu berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara hari ini.
Dzulkifli tiba di lokasi berkenaan pada 8.30 pagi dan berada bersama baginda sehingga kira-kira 9.40 pagi namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu ketika ditanya pemberita.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim meninggalkan kediaman baginda pada kira-kira 10.20 pagi dan enggan mengulas lanjut ketika ditanya media mengenai pertemuan itu.
Baginda hanya bertitah: "I am going shopping."
Pada 25 Mac lepas, menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu SPRM menghadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.
Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Comments
Post a Comment