100 orang ditahan SPRM tahun lalu
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor berjaya menangkap 100 individu dari sektor awam dan swasta yang terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang tahun lalu.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, sebahagian besar individu yang ditangkap terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dari segi perolehan, perlesenan dan penguatkuasaan.
Katanya, 100 orang yang ditangkap membabitkan 46 kes di Johor Bahru, Batu Pahat (22 kes), Kluang (21 kes) dan Segamat (11 kes).
"Sepanjang tahun lalu, kita menerima 557 maklumat berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang mana 259 membabitkan tindakan siasatan dan 298 tidak membabitkan tindakan siasatan.
"Seramai 100 yang ditahan kebanyakkannya adalah sektor kerajaan yang membabitkan bahagian perolehan, perlesenan dan penguatkuasaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disertai 366 pegawai dan kakitangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, hari ini.
Menurut Azmi, sepanjang tahun lalu, 144 program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dilaksanakan di seluruh negeri ini.
Ia membabitkan 117 di sektor awam yang melibatkan 71 jabatan kerajaan negeri dan 46 kerajaan persekutuan.
"Manakala IBR di syarikat milik kerajaan (GLC) pula sebanyak 25.
"Saya menyeru jabatan yang belum melaksanakan lagi IBR untuk melaksanakan program itu.
"Fokus kita pada 2018 ialah sektor awam dan pada 2020 kita bersih daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kita akan lebih kepada program pencegahan untuk lebih mendekati masyarakat supaya masyarakat bersama SPRM bebas rasuah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/301200/100-orang-ditahan-sprm-tahun-lalu

Comments
Post a Comment