Hukuman penjara 16 tahun, denda RM20,000 anggota polis kekal

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang anggota polis berpangkat koperal yang dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan denda RM20,000 setelah didapati bersalah atas dua kesalahan rasuah, enam tahun lalu.

Hakim Chan Jit Li pada prosiding hari ini menolak rayuan tertuduh, Sazali Hashim, 58, seterusnya mengekalkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini pada 24 Julai 2016.

Sazali yang sebelum ini bertugas di Balai Polis Kuah, Langkawi dekat sini dijatuhi hukuman tersebut selepas Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhar Mokhtar mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes bagi kedua-dua pertuduhan melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh dalam pertuduhan pertama didakwa meminta suapan wang tunai sebanyak RM150 daripada Mohd. Asri Bulat sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana memiliki air ketum dan bagi memulangkan kad pengenalannya.

Dalam pertuduhan kedua, dia dituduh memperoleh suapan wang tunai RM150 daripada individu sama atas dorongan serupa di Restoran Selihah Seafood di Langkawi kira-kira pukul 7 malam, 18 Oktober 2012. - K! ONLINE


http://www.kosmo.com.my/negara/jenayah/hukuman-penjara-16-tahun-denda-rm20-000-anggota-polis-kekal-1.586015

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip