Pembantu pendaftaran dihukum penjara 18 bulan, denda
SANDAKAN – Seorang pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dihukum penjara 18 bulan dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menerima suapan sebanyak RM5,000, tujuh tahun lalu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, dalam kenyataan hari ini, berkata Hakim Datuk Ishak Bakri memutuskan keputusan itu terhadap Edwin Ajin, 44, serta memerintahkan hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda.
Edwin, yang bertugas sebagai Ketua Pejabat JPN Telupid ketika kesalahan dilakukan, didapati bersalah dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Norsham Saharom bertindak sebagai Pegawai Pendakwa, manakala Edwin diwakili peguam, Dennis Rantau.
Mahkamah turut menetapkan jaminan RM10,000 terhadap Edwin dengan seorang penjamin tempatan dan membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu tertuduh memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Seramai 16 saksi dipanggil sepanjang perbicaraan dengan sebutan pertama kes pada 3 April 2013.
Mengikut kertas pertuduhan, Edwin didakwa memperoleh suapan itu daripada Jamail Sungah melalui Catherine @ Sarimah Enggoh di Hotel Paris Inn, Jalan Leboh 3, Sandakan, jam 11.30 pagi, 26 Oktober 2010.
Suapan tersebut adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Jamail atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan James Kosou yang dikatakan terbabit dalam pengesahan dokumen palsu itu. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/sabah-sarawak/pembantu-pendaftaran-dihukum-penjara-18-bulan-denda-1.784592

Comments
Post a Comment