Pegawai pengiring didakwa rasuah
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai pengiring mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memperoleh rasuah wang tunai berjumlah RM3,000, tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Redzuan Rusmi, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Redzuan didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 daripada Ang Chee Keong, sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kepada polis berhubung kesalahan Chee Keong menjual nombor ekor secara dalam talian secara haram di tapak pembinaan di Lot 53427 dan Lot 53653, Jalan Bakti, Bandar Tun Razak, di sini.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kereta jenis Honda Accord di Jalan Bakti, Bandar Tun Razak, di sini, pada jam 3 petang, 16 Februari 2017.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dam sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Azura kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap bulan. Mahkamah menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Diana Nor Azwa dan tertuduh diwakili peguam Mohamad Kamarulzaman Jusoh.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/379011/pegawai-pengiring-didakwa-rasuah

Comments
Post a Comment