Terowong: Siapa saja terbabit kami akan siasat - SPRM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai saksi baharu bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan baharu akan dilakukan berhubung kes berkenaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai laporan media bahawa terdapat beberapa ahli politik yang dipercayai menerima habuan sehingga jutaan ringgit dalam kajian projek berkenaan.
"Bagi pihak kami, siasatan sedang dijalankan. Sesiapa saja yang terbabit dalam menerima apa-apa rasuah, kita akan siasat.
"Saya tidak namakan sesiapa, baik ahli politik atau sesiapa saja," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Paluan Berundur Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah di sini, hari ini.
Sebelum ini, seorang pengerusi dan timbalan pengerusi syarikat berasingan direman selama 10 hari sejak 10 Januari lalu bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang itu.
Sehingga kini, seramai 76 saksi sudah dirakam percakapan bagi kes berkenaan.
Pada Jumaat lalu, media melaporkan, sumber SPRM memaklumkan terdapat beberapa ahli politik dipercayai menerima habuan daripada projek berkenaan, berkemungkinan berkaitan dua lot tanah yang bernilai tinggi, yang menjadi cara pembayaran kepada kajian projek mega itu.
Azam juga menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa SPRM bersikap berat sebelah kerana tidak mengambil tindakan terhadap sumber badan itu yang didakwa membocorkan maklumat siasatan kepada media.
"Kita tidak pernah mengamalkan berat sebelah. Kita profesional dalam menjalankan tugas.
"Kita melihat kepada semua sudut maklumat yang diberikan melalui media sosial dan arus perdana. Tidak semua maklumat itu benar dan kita ada cara untuk menilai serta menapis maklumat itu," katanya.
Ditanya bila siasatan kes terowong dasar laut itu dijangka selesai, Azam berkata, beliau tidak dapat membuat sebarang jangkaan namun kemungkinan ia akan mengambil masa.
Mengenai PAS yang tidak berhasrat menyerahkan nama calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada SPRM untuk proses saringan, Azam berkata, perkara itu terpulang kepada parti berkenaan namun pihaknya sentiasa mengalu-alukan mana-mana parti menghantar senarai calon mereka.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/379115/terowong-siapa-saja-terbabit-kami-akan-siasat-sprm

Comments
Post a Comment