Kes SPRM: Bekas pengurus projek didenda RM15,000, penjara sehari



KUALA LUMPUR : Seorang bekas pengurus projek yang disiasat SPRM dikenakan hukuman denda sebanyak RM15,000 dan penjara sehari atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan projek naik taraf infrastruktur plaza tol bernilai RM1.98 juta antara Oktober 2014 hingga Julai 2015, di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut selepas tertuduh, Mohd Farouk A. Manap, 44 tahun, mengaku bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohd Farouk didakwa menipu Pengarah Syarikat Tirai Jitu (M) Sdn Bhd untuk mempercayai bahawa dokumen Sijil Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bernombor 100205A adalah tulen bagi mendapatkan projek menaik taraf Plaza Tol Skudai, Johor.
Perbuatan itu dilakukan antara Oktober 2014 hingga Julai 2015 di Batu Caves Centre Point,Gombak.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM,  Mohd Firdaus Abu Hanipah.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-sprm-bekas-pengurus-projek-didenda-rm15-000-penjara-sehari-165168

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip