Seleweng LPG: Dalang dalam radar SPRM
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Penglibatan segelintir penguat kuasa yang menjadi dalang dan bersekongkol dengan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) sememangnya dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan usaha memburu mereka sentiasa dilakukan bersama pihak berkuasa berkaitan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan melakukan siasatan bagi memastikan terdapat unsur-unsur salah guna kuasa dan penyelewengan sebelum melakukan tindakan selanjutnya.
‘‘Saya tidak nafikan wujudnya dalang (kes penyelewengan) namun belum tiba masanya untuk kami dedahkan mengenainya.
‘‘Namun begitu, SPRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa bekerjasama sejak 2008 lagi dalam perkongsian maklumat dan tindakan,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini berhubung ketirisan wang kerajaan sebanyak RM700 juta akibat penyelewengan LPG bersubsidi tahun lalu.
Kegiatan tersebut dipercayai didalangi pemborong berlesen yang menjalankan pemindahan (decanting) LPG dari tong 10, 12 dan 14 kilogram seterusnya dijual dengan harga tanpa subsidi kepada pihak industri atau diseludup ke negara jiran.
Menurut Azam, dalam kes penyelewengan subsidi, tindakan penguatkuasaan adalah di bawah KPDNKK menerusi rampasan dan pendakwaan.
‘‘SPRM akan mengambil tindakan sekiranya wujud penyalahgunaan kuasa dan rasuah,’’ tegasnya.
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/seleweng-lpg-dalang-dalam-radar-sprm-1.586963#ixzz53dhVQ3v4

Comments
Post a Comment