SPRM AKAN TERUS MEMANTAU ISU-ISU PENYELEWENGAN, RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Berhubung laporan media berkenaan dengan Pegawai Integriti Bertauliah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan digantikan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di unit-unit integriti agensi kerajaan, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) baru-baru ini.

SPRM ingin menegaskan bahawa penubuhan JITN tidak akan sama sekali menjejaskan fungsi dan tanggungjawab SPRM dalam usaha-usaha untuk memastikan agensi-agensi kerajaan bebas daripada isu-isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Justeru itu, dengan perubahan ini, SPRM telah mewujudkan unit-unit pemantauan khas bagi memantau isu-isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa di agensi-agensi kerajaan yang berisiko tinggi, sederhana dan rendah.

Selaras dengan fungsi pencegahan di bawah akta SPRM, SPRM akan terus memastikan tadbir urus agensi-agensi kerajaan bebas daripada isu-isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dari semasa ke semasa.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA 

18 JANUARI 2018



Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip