Rasuah: Bekas pemimpin PKR dihadapkan ke mahkamah
SHAH ALAM 28 Feb.- Bekas Ketua Cabang PKR Sungai Besar, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan memberikan rasuah dan menyalahgunakan kuasa membabitkan RM24,000 bagi penganjuran ekspo, tiga tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Fauzi Ahmad, 49, yang juga bekas Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Mohamad Fauzi didakwa atas 10 pertuduhan memberikan suapan berjumlah RM24,000 kepada lima orang lelaki termasuk empat daripadanya merupakan ejen kerajaan bagi mengundi Ligat Bina Enterprise sebagai penganjur Ekspo Raya 2016 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MDSB yang diadakan pada 13 Mei 2016. Tertuduh yang ketika itu memegang jawatan Ahli MDSB didakwa melakukan perbuatan tersebut di CIMB Bank Cawangan Sungai Besar dan Rawang, Pejabat PKR Cabang Sungai Besar serta sekitar Sekinchan dan Sabak Bernam pada April 2016 hingga Mac 20