Ehsanuddin didakwa lagi
SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lima pertuduhan menerima barangan berharga iaitu kos penyelenggaraan kenderaan dan yuran guaman pada 2014 dan 2015.
Bekas wakil rakyat yang berusia 56 tahun itu membuat pengakuan di hadapan Hakim Rozilah Salleh, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam prosiding pagi ini.
Noor Ehsanuddin didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu empat pertuduhan menerima kos penyelenggaraan bagi kenderaan yang didaftarkan atas namanya dan isterinya, Zubaidah Kassim, berjumlah RM6,244 dan satu pertuduhan yuran guaman bernilai RM6,463.60 bagi pembelian tanah di Lot 5876, Kota Tinggi, Johor.
Bekas Ahli Lembaga Pengarah FELDA itu didakwa menerima barangan berharga terbabit daripada sebuah syarikat percetakan, Karya Hidayah Sdn Bhd, yang diketahuinya mempunyai tugas rasmi dengannya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pusat servis BMWMB Auto Garage Sdn Bhd di Jalan Ulu Klang, Ampang; pusat Perkhidmatan Tayar dan Bateri Shuang Heng di Jalan Bukit Kemuning, Klang serta di pejabat Marina Mohamed & Associates di Subang Jaya antara 10 Januari 2014 dan 8 Disember 2015.
Jika sabit kesalahan, Noor Ehsanuddin boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hazirah Azeman, memohon kepada mahkamah supaya jaminan RM20,000 ditetapkan untuk semua pertuduhan dikenakan kepada tertuduh.
Beliau juga memohon supaya pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Peguam tertuduh, Datuk R Thrichelvam, memberi tahu mahkamah pihaknya tiada bantahan terhadap jumlah jaminan, namun memaklumkan pasport antarabangsa anak guamnya sudah diserahkan kepada mahkamah di Johor Bahru.
Katanya, Noor Ehsanuddin sudah didakwa di mahkamah di Johor Bahru sebelum ini serta di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau juga memohon supaya tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Mac ini.
Rozilah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada Ahad lalu, wakil rakyat sepenggal di Kota Tinggi itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru atas dua tuduhan rasuah membabitkan RM230,000 pada 2013 dan 2014.
Dia sekali lagi didakwa, kali ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas 14 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,540.68 bagi bayaran ansuran kenderaan miliknya yang dibayar syarikat percetakan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/530693/ehsanuddin-didakwa-lagi

Comments
Post a Comment