Koperal tidak mengaku salah minta, terima rasuah
JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat Koperal tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan meminta rasuah RM10,000 dan menerima RM3,000, dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Shariff Ahmad, 51, tidak mengaku salah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shariff didakwa meminta wang tunai RM10,000 daripada Muhammad Audi Musa sebagai dorongan kepadanya yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk membantu menutup kes dadah yang sedang disiasat terhadap Muhammad Audi.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah bengkel dalam daerah Kulai, kira-kira jam 6.20 petang pada 31 Disember 2017.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Mengikut pertuduhan kedua, Mohd Shariff didakwa bersetuju menerima suapan bernilai RM3,000 daripada Muhammad Audi di hadapan sebuah bengkel pada jam 9.25 malam pada 4 Disember 2017.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM3,000 daripada Muhammad Audi pada jam 8.45 malam, 6 Disember 2017 di hadapan bengkel sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 dan menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwaraya SPRM, Khazrin Haffiz Khalil, manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Rasiah Abd Radzak.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/529517/koperal-tidak-mengaku-salah-minta-terima-rasuah

Comments
Post a Comment