Komitmen NACP perangi rasuah
Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini disifatkan sebagai satu pelan tindakan yang mampu menjadikan Malaysia bersih daripada gejala rasuah.
Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed menjelaskan, rakyat telah menunjukkan harapan supaya rasuah perlu dibasmi sepenuhnya dan oleh itu menjadi tanggungjawab kerajaan mewujudkan satu pelan tindakan yang benar-benar dapat menangani isu tersebut.
Abu Kassim berkongsikan lebih lanjut tentang pelaksanaan NACP kepada Wartawan Mingguan Malaysia, SAIFULIZAM MOHAMAD dan BADRUL HAFIZAN MAT ISA bersama jurugambar, ROSNI MASRI dan juruvideo, MUHAMMAD ALIF OMAR dalam temu bual di pejabatnya di Putrajaya, Khamis lalu.
MINGGUAN: Bagaimanakah tercetusnya idea supaya pelan ini dibangunkan?
ABU KASSIM: NACP ini lahir daripada beberapa perspektif dan keperluan iaitu yang pertama daripada kerajaan hari ini yang menjadikan isu rasuah sebagai tonggak utama perjuangan mereka. Lagipun perkara ini diterima oleh rakyat yang mahu Malaysia Baharu yang nampak lebih bersih daripada masalah rasuah.
Perubahan ini cukup jelas dan terasnya adalah kerana masyarakat Malaysia ingin melihat perubahan yang besar terhadap isu rasuah di negara ini. Jadi bagi menjawab kepada pengharapan rakyat, mahu tidak mahu kerajaan hari ini memerlukan satu pelan yang dapat benar-benar dilihat mengambil masalah ini secara serius dan dapat mengatasi masalah ini dalam tempoh masa yang tertentu.
Kalau dilihat dari segi kesan rasuah dalam negara kita, memang impaknya cukup besar dan saya rasa masyarakat juga telah merasainya. Bagi menjawab pengharapan dan kehendak rakyat itu, NACP ini merupakan terjemahan wawasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu Malaysia ini bebas daripada rasuah.
Bebas ini bukan bermakna tiada rasuah langsung, tetapi bermaksud masalah rasuah ini diturunkan ke tahap yang boleh diterima. Dalam erti kata lain, rakyat dalam menjalani kehidupannya tidak perlu membayar lebih untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara tidak terlibat dalam rasuah berbilion ringgit yang ditanggung oleh rakyat kemudiannya. Inilah yang dikehendaki rakyat dan Perdana Menteri yang mahu melihat ini sebagai wawasan, iaitu mewujudkan Malaysia bersih menerusi satu dokumen yang menggariskan sebanyak 115 inisiatif untuk menangani masalah rasuah secara lebih berkesan.
Sebelum ini, negara mempunyai Pelan Integriti Nasional (PIN), apakah kurangnya pelan tersebut terutama bagi tujuan memerangi rasuah di negara ini?
ABU KASSIM: Pelan tersebut diperkenalkan pada tahun 2004 ekoran satu kajian dibuat oleh sebuah universiti yang menunjukkan bahawa terdapat satu pandangan yang agak sederhana toleransinya ke atas rasuah terutama kepada generasi muda. Ekoran daripada kajian ini, kerajaan berpendapat kita perlu buat satu perubahan pembudayaan antirasuah.
Pelan itu adalah lebih kepada proses untuk mendidik masyarakat Malaysia dan mewujudkan budaya antirasuah tetapi NACP 2019-2023 adalah satu pelan strategik dasar, lebih melihat kepada dasar dan undang-undang, peraturan, strategi yang memerlukan tindakan bukan untuk membudayakan.
Membudayakan adalah salah satu yang ada dalam aktiviti pelan ini tetapi ia lebih luas, sebagai contoh daripada 115 inisiatif, 35 daripadanya adalah memberi tumpuan kepada meningkatkan tadbir urus politik iaitu dengan mengubah cara kepimpinan negara ini dengan mengubah pemimpin itu dahulu. Apabila kita mahu memerangi rasuah, perkara pertama pemimpin mesti menunjukkan contoh yang betul dahulu. Mana boleh sekiranya pemimpin itu rasuah dan bercakap pula mengenai memerangi rasuah.
Kerajaan dahulu ada juga memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi membanteras rasuah, apa lagi kekurangannya?
ABU KASSIM: Pada 2010, Perdana Menteri telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan salah satu agendanya ialah banteras rasuah dan dalam agenda itu sebanyak 26 perkara perlu dilihat. Bezanya pada waktu itu, ia memberi tumpuan kepada perkara-pekara penting tetapi perkara-perkara yang cukup penting yang mempunyai kesan besar tidak dapat dilaksanakan. Contohnya berkaitan pembiayaan politik, perisytiharan harta dan sebagainya. Ada perkara dalam 26 yang penting itu tidak dapat dilaksanakan.
Reformasi ke atas ketelusan, akauntabiliti ke atas sektor politik itu tidak cukup mampan, bukan tak bagus tetapi tidak cukup. Tetapi kali ini kita memperkasakan dan menjadikan ia perkara yang benar-benar mantap dan betul-betul mengatasi perkara yang dulunya takut untuk diperkatakan. Perisytiharan harta oleh ahli-ahli politik tidak pernah berlaku dalam sejarah di negara ini, begitu juga berkenaan pembiayaan politik. Perkara ini penting kerana daripada pengalaman, pembiayaan politik menyebabkan masalah rasuah menjadi lebih buruk kerana tiada undang-undang dan sistem yang jelas. Tiada perbezaan antara pembiayaan politik dengan sogokan.
Melalui NACP kita juga mahu disiplinkan pihak-pihak berkepentingan termasuk peranan menteri, ketua setiausaha, pegawai-pegawai menteri, setiausaha politiknya, semuanya mesti jelas supaya perjalanan pengurusan pentadbiran kerajaan itu dibuat mengikut tugas masing-masing. Kalau pembuat dasar, hanya membuat dasar. Kalau pelaksana hanya pelaksana. Jangan ada bercampur aduk yang mengakibatkan keadaan kabur dan menyebabkan pelakuan rasuah boleh berlaku.
Adakah Tan Sri melihat, ahli dan parti-parti politik bersedia dengan NACP ini?
ABU KASSIM: Mereka sebenarnya telah bertindak. Walaupun kita belum ada undang-undang untuk mengisytiharkan harta iaitu hanya di peringkat kod etika tetapi telah dibuat kepada SPRM sepenuhnya. Kemudian dimuat naik dalam laman web yang memaparkan jumlah pendapatan dan harta yang ada. Paling penting adalah jumlah harta yang seseorang itu miliki semasa memegang kuasa. Keadaan itu yang hendak kita kawal, supaya dia tidak menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri.
Mengenai pembiayaan politik, apakah langkah seterusnya yang akan diambil.
ABU KASSIM: Ia akan menjadi satu undang-undang. Semua sumber pembiayaan politik wajib diisytiharkan dan dimasukkan ke dalam akaun parti. Berdasarkan pengalaman kami, sumbangan ini tidak masuk ke dalam akaun parti tetapi ke dalam kocek sendiri. Parti juga tidak tahu berapa banyak yang seseorang itu dapat.
Ada yang meminta kepada kontraktor supaya memberi sumbangan kepada parti selepas dapat kontrak dan pemberian dalam bentuk tunai. Duit itu tidak masuk ke dalam akaun parti, hilang begitu sahaja. Ini disiplin yang tidak bagus kerana ia tidak telus dan membuka ruang untuk wang itu digunakan untuk diri sendiri. Tiada siapa yang tahu.
Adakah proses untuk melaksanakan undang-undang ini akan mengambil masa yang lama?
ABU KASSIM: Isu ini kita sedang berbincang dengan parti-parti politik dan difahamkan mereka juga sudah ada kumpulan perbincangan mengenai hal ini. Apabila semua pihak sudah bersetuju, maka kita akan bawa ke Kabinet untuk kelulusan prinsip dan seterusnya Peguam Negara akan mendraf undang-undang tersebut dan melalui semula kelulusan Kabinet dan seterusnya ke Parlimen.
Untuk membangunkan NACP ini, apakah cabaran dan kesukaran yang dihadapi?
ABU KASSIM: NACP ini dibangunkan dalam tempoh enam bulan, tetapi sebenarnya ia bukanlah bermula daripada kosong. Jika bermula kosong memang akan banyak perkara perlu dilakukan. Contohnya kajian dan statistik serta banyak imput lain yang mesti diperoleh.
Tetapi kita sudah bermula dengan melihat perspektif kajian dan data-data yang sememangnya sudah sedia ada. Bila sedia ada ia senang dibuat. Selain itu kita mendapat sokongan yang cukup padu daripada kerajaan. Antaranya, kita diberi kebenaran untuk melakukan interaksi dengan ketua-ketua jabatan, terutamanya Ketua Setiausaha kementerian. Mula-mula itu agak kekok tetapi setelah beberapa lama kita bercakap dengan mereka, akhirnya kita berjaya mendapatkan kerjasama yang sepenuhnya daripada mereka yang menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dalam kementerian masing-masing.
Saya diberi mandat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet untuk berjumpa setiap Ketua Setiausaha kementerian dalam sesi perbualan hati ke hati dengan mereka untuk mengetahui apakah masalah yang sebenarnya dihadapi. Hanya mereka sahaja yang tahu kerana mereka adalah ketua jabatan. Kalau kita tanya pada orang, kebanyakannya lebih kepada persepsi dan tafsiran tetapi mereka yang melaksanakan dasar kerajaan ini. Apabila kita bertanya, mereka menceritakan perkara yang sebenarnya. Itu sebab dalam pelan ini kita lihat bahawa ia banyak menyelesaikan masalah-masalah yang sebenar,
Kita tengok juga manifesto kerajaan yang ada, daripada 60 perkara, 20 perkara adalah melibatkan isu-isu integriti, governans, anti-rasuah dan hak asasi manusia. Yang mana perlu, kita masukkan ke dalam pelan ini. Itu sebab saya kata, perkara-perkara ini sudah ada dan hanya perlu masukkan sahaja. Begitu juga statistik daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita tengok, kita ambil dan masukkan.
Apakah perkara dan masalah sebenar yang diluahkan oleh ketua-ketua setiausaha kementerian berkenaan menerusi pertemuan dari hati ke hati tersebut?
ABU KASSIM: Masalah sebenar yang dihadapi mereka adalah antaranya campur tangan politik. Ini kerajaan dahulu. Mereka mengakui memang banyak perkara-perkara yang melibatkan campur tangan politik dalam urusan-urusan pelaksanaan. Itu sebab dalam konteks ini perlu ada pemisahan kerja antara pihak politik dengan kerajaan supaya yang melaksanakan itu dapat melaksanakan apa yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ikut apa yang telah diluluskan.
Mungkin menteri pada masa itu niatnya mahu menolong tetapi pada masa dulu kita lihat banyak pelobi dan mereka seolah-olah menjadi perantara di antara menteri-menteri untuk mendapatkan projek-projek dan sebagainya. Jadi ini cukup bahaya dan kita kena potong (cantas).
Bagaimana pula dengan komitmen pihak korporat dan swasta dalam NACP ini?
ABU KASSIM: Pihak korporat dalam konteks ini, kita ada beberapa usaha yang akan membuatkan mereka terpaksa dan perlu memberikan komitmen. Sebagai contohnya kita ada beberapa undang-undang yang kita akan cadangkan dikuatkuasakan ke atas sektor korporat antaranya ialah beneficiary ownership . Kata mudahnya jika masuk tender, mereka mesti menjelaskan siapa pemilik sebenar syarikat. Kita dulu banyak berhadapan dengan isu yang depan guna nama lain, tetapi di belakang nama lain.
Kita juga minta pihak swasta terutamanya syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) supaya mengguna pakai ISO 2001 yang menggariskan secara sistematik langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah rasuah dalam organisasi masing-masing.
Adakah perbuatan rasuah dalam sektor korporat dan GLC itu serius ?
ABU KASSIM: Di GLC kita mahu supaya ia ditadbir dengan baik serta mempunyai tadbir urus yang jelas. Ini bermakna tidak ada pengurusan yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan. Ditubuhkan syarikat GLC itu supaya ia memberikan keuntungan kepada kerajaan. Mahu dipastikan juga ia ditadbir orang yang baik. Itu sebabnya dalam pelan ini, urusan pelantikan mereka yang bakal menerajui GLC akan melalui tapisan dengan begitu teliti. Pelantikan dibuat berdasarkan keupayaan, kemampuan, pengetahuan. Bukan kerana mereka memegang sesuatu jawatan dalam parti politik, tidak lagi.
Tetapi ingat, kerajaan baharu ini dibina oleh ramai ahli profesional, jadi kadang-kadang ahli-ahli profesional ini secara kebetulan mempunyai jawatan dalam parti. Dalam konteks ini kita melantiknya bukan kerana jawatan politik itu tetapi kerana keupayaan, pelajaran , kemahiran, pengalaman, jadi kita lantik dia, tiada masalah.
Menerusi pelan ini juga, apakah janji kerajaan kepada rakyat?
ABU KASSIM: Dalam pelan ini janjinya mudah sahaja iaitu untuk mewujudkan negara ini sebagai sebuah negara bersih rasuah. Malaysia Baharu adalah Malaysia bersih iaitu dalam erti kata, masyarakat akan merasai perubahan tersebut iaitu bermaksud urusan-urusan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan, diperoleh secara mudah dan cepat tanpa rasuah.
Adakah isu ‘kabel’ dan surat-surat sokongan diberi perhatian dalam pelan ini?
ABU KASSIM: Ya, ia ada dalam NACP, isu surat sokongan dan bagaimana kita mahu mengendalikannya. Harapan rakyat jika dipilih adalah kerana kemampuannya, bukan kerana siapa dia kenal tapi apa yang dia boleh buat. Jadi isu ini akan dikurangkan seminimum yang boleh.
Adakah aspek pendidikan termasuk pendidikan agama dibincangkan dalam pembangunan NACP ini?
ABU KASSIM:Pendidikan telah dibincang panjang lebar dalam pelan ini termasuk sebelum pelan ini dibentuk. Isunya adalah bagaimana pendidikan itu betul-betul dapat membentuk sahsiah pelajar untuk bertegas dengan kata `tidak’ kepada rasuah. Memang ada perbincangan bahawa bila kita mempunyai pelajaran agama yang tinggi maka automatik rasuah tidak akan berlaku. Kita tidak mahu menafikan bahawa perkara ini penting tetapi yang dipersoalkan adalah kaedah pengajaran yang bermakna apabila kita belajar dengan hafazan-hafazan sahaja tak semestinya ilmu dan kandungan Islam itu akan diserap dan menjadi cara hidup manusia. Hafazan hanya untuk peperiksaan, belum tentu menjadikan manusia itu baik. Yang penting bagaimana mahu diterjemahkan elemen-elemen dalam al-Quran dan menjadikannya sebagai satu sistem pembelajaran bagi membentuk manusia yang baik.
Dalam tempoh lima tahun pelan ini, adalah ia boleh disemak dan disesuaikan semula dari semasa ke semasa?
ABU KASSIM: NACP ini bukanlah dokumen keramat yang apa yang di dalamnya tidak boleh diubah dan tidak boleh ditambah. Merujuk perkembangan semasa jika ada perkara yang perlu ditambah akan ditambah dan sekiranya ada perkara yang perlu diubah suai akan diubah suai. Tetapi prinsipnya masih sama iaitu demi ketelusan dan mewujudkan akauntabiliti.
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/komitmen-nacp-perangi-rasuah-1.834475#ixzz5eXzemM2T

Comments
Post a Comment