SPRM SIASAT DAKWAAN WANG RM90 JUTA DARIPADA 1MDB


KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

SUSULAN dakwaan wang sebanyak RM90 juta yang disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dikatakan dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) mengesahkan telah menerima laporan yang disalurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Satu laporan polis oleh orang awam telah dibuat kepada PDRM, dan pihak PDRM telah merujuk laporan tersebut kepada SPRM.

Sehubungan itu, SPRM akan memulakan siasatan berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 
PUTRAJAYA 

6 FEBRUARI 2019



Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip