Didakwa kerana RM228
LELAKI warga Bangladesh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, terhadap tuduhan memberi suapan sebanyak RM228 kepada anggota polis, minggu lalu.
Tertuduh, Md Aiub Ali, 43, yang bekerja sebagai buruh binaan membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.
Mengikut pertuduhan, Md Aiub didakwa memberi suapan sebanyak RM228 kepada Sarjan Mohamad Khir Bachok di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada 1 Februari lalu, antara 11 hingga 11.30 pagi.
Md Aiub melakukan perkara itu sebagai dorongan kepada Mohamad Khir untuk menggunakan salinan pasport Sri Hayumini bagi menggantikan identiti Nursina Hassan, seorang warga Indonesia yang sedang disiasat kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.
Norhayati bagaimanapun menetapkan 20 Februari ini bagi sebutan semula kes dan memanggil jurubahasa Bangladesh supaya tertuduh lebih memahami kes.
“Saya tidak pasti adakah Md Aiub benar-benar memahami pertuduhan berkenaan. Jadi, kita akan panggil jurubahasa Bangladesh supaya tertuduh faham kes terbabit,” katanya.
Norhayati turut tidak membenarkan Md Aiub diikat jamin berikutan status tertuduh adalah warga asing.
Pendakwaan dikendalikan Mohamad Azlan Basri manakala Md Aiub tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/420850/didakwa-kerana-rm228

Comments
Post a Comment