Bekas pegawai JPJ hadapi 19 tuduhan rasuah
KUANTAN 24 Nov. - Seorang bekas Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muadzam Shah dekat Rompin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 19 tuduhan menerima barang berharga tanpa balasan berjumlah RM12,300 daripada pengusaha lori antara Februari 2012 sehingga September lalu. Azhar Ahmed, 51, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Penguat kuasa JPJ mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof. Tertuduh didakwa menerima suapan secara bulanan daripada pengusaha-pengusaha syarikat lori yang beroperasi di sekitar Muadzam Shah yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengannya. Dia berdepan tujuh pertuduhan menerima barang berharga daripada Mohd. Suffian A. Majid berjumlah RM5,600 yang dimasukkan ke akaun Maybank miliknya di antara Februari dan Disember 2012. Azhar juga didakwa atas empat pertuduhan menerima barang berharga daripada Tan Lee Eng @ Tang Gee Yong berju