SPRM lancar buku Islamik mengenai rasuah
Pada 16 November lalu, SPRM telah pun melancarkan buku 'Islam and the Issuance of Corruption' untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan isu rasuah kepada masyarakat Malaysia.
Usaha yang diambil ini adalah sangat baik sekali kerana menerima dan memberi rasuah sememangnya diharamkan dalam agama Islam kita. Seperti yang sudah tertulis dalam dalil kita iaitu:
Usaha yang diambil ini adalah sangat baik sekali kerana menerima dan memberi rasuah sememangnya diharamkan dalam agama Islam kita. Seperti yang sudah tertulis dalam dalil kita iaitu:
Dalil dari Al Quran tentang rasuah :
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." Al-Baqarah: 188
Dalil dari hadis Nabi SAW tentang rasuah :
Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." HR al-Bazzar & Abu Ya'la

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) (SPRM) Datuk Mustafar Ali, ia juga adalah langkah pencegahan bagi memastikan masyarakat
memahami implikasi rasuah dari aspek agama, masyarakat dan juga kepada
negara, jika tidak ditangani.
Beliau juga berkata, ini merupakan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan masyarakat
menyedari implikasi rasuah dari aspek agama, masyarakat dan natijah atau
implikasi rasuah itu tersendiri kepada negara jika tidak ditangani.
Dengan langkah ini juga, SPRM membuktikan SPRM telah melakukan pelbagai cara untuk mencegah rasuah dari segala aspek. Mencegah rasuah bukan sekadar dengan kata-kata saja, malah tindakan yang diambil dengan menerbitkan buku Islamik seperti ini juga harus dipuji.
Penerbitan buku ini juga boleh membantu masyarakat dalam mencegah rasuah dan melindungi diri mereka dengan tidak terlibat dengan aktiviti haram seperti ini. Mungkin dengan membaca buku yang diterbitkan, dapat menimbulkan keinsafan dan kesedaran kepada pembaca seterusnya usaha mencegah rasuah dapat dijalankan dengan berkesan.
Kesimpulannya, mencegah rasuah boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan usaha yang dijalankan juga harus dipuji kerana bukan semua mampu menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya rasuah itu adalah racun dalam masyarakat kita!
Comments
Post a Comment