Bersama Berintegriti dan Mencegah Rasuah Dalam Menjalankan Tugas
Hujung minggu lalu, saya ada terbaca di ruangan surat pembaca akhbar New Straits Time dari Abdullah Sani Ismail dari Tanah Merah, Kelantan bertajuk 'Directors duty keep tabs junior officers'. Surat tersebut secara ringkasnya mengulas mengenai tanggungjawab pegawai atasan dalam memerangi rasuah dan mempertahankan integriti oleh pegawai bawahannya.
http://www.nst.com.my/news/2015/11/112849/directors-duty-keep-tabs-junior-officers
Saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh saudara Abdullah Sani ni. Sebenarnya memang tanggungjawab semua orang dalam memerangi rasuah dan berintegriti dalam menjalankan tugasnya. Semuanya terletak pada diri sendiri kerana hanya kita yang mampu mengawal apa yang patut dan tidak patut dilakukan.
Beliau juga menyebut mengenai tanggungjawab SPRM yang semakin bertambah dengan adanya perkara seperti ini berlaku. Jika semua syarikat atau organisasi meletakkan 100% tanggungjawab tersebut kepada SPRM, sememangnya beban mereka semakin bertambah. Ya, memang tugas mereka melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan. Namun, bukankah ianya tangunggjawab kita juga dalam memerangi hal tersebut?
Perkara yang paling teruk yang dinyatakan oleh beliau ialah sikap tidak ambil tahu pegawai atasan atas apa yang berlaku. Adakah ini satu contoh yang baik yang perlu ditunjukkan kepada pegawai bawahannya? Hanya membiarkan apa yang tidak betul terus berlaku di organisasinya? Adakah mungkin mereka turut melakukan hal yang sama jadi mereka hanya memejamkan mata seolah-olah tiada apa yang berlaku?
Hal ini sangat mengecewakan kerana masalah perlu diselesaikan dari akar umbinya. Perkara yang benar perlu ditegakkan dan bukannya dibiarkan berlarutan sehingga puncanya tidak dapat dikesan. Setiap organisasi juga perlu telus dan tegas dalam mendisiplinkan diri untuk menjadi berintegriti dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Salah satu cara adalah dengan menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama SPRM dalam memastikan usaha memerangi rasuah dapat dijalankan secara berterusan dalam jangka masa yang lama. Dengan adanya CIP yang ditandatangani bersama, maka organisasi tersebut dapat mengetahui garis panduan dan tunjuk ajar dari SPRM untuk sama-sama berusaha memerangi rasuah. Mungkin dengan adanya program yang dianjurkan juga, ia dapat membuka mata mereka untuk lebih berdedikasi dan jujur dalam menunaikan tanggungjawab yang diberikan.
Kesimpulannya, semua orang perlu mengambil bahagian dalam memerangi rasuah dan berintegriti dalam menjalankan tugas, Jangan mengharapkan satu pihak saja untuk menyelesaikan masalah anda. Pupuklah diri sendiri dan orang di sekeliling bagi memastikan objektif dapat dicapai bersama. Tugas memerangi rasuah bukan tugas SPRM sahaja tapi tugas bersama!

Comments
Post a Comment