SPRM buat laporan polis


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu kononnya badan itu menawarkan ganjaran atau pampasan menggunakan wang RM2.6 bilion, iaitu kes yang sedang disiasat SPRM.

 

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata maklumat disebarkan di media sosial itu adalah palsu dan dipercayai dikeluarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“SPRM menegaskan suruhanjaya ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM mengumumkan RM2.6 bilion (USD700 juta) dari akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diisytiharkan sebagai sumbangan untuk dibayar kepada rakyat Malaysia yang komited menentang keganasan,” menurut kenyataan itu.

SPRM berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran maklumat palsu itu, kerana ia secara langsung menjejaskan nama dan reputasi suruhanjaya berkenaan.

Orang ramai yang menerima maklumat dimaksudkan, dinasihat agar tidak terpengaruh dan pada masa sama tidak menyebar atau menghantar mesej itu kepada pihak lain, menurut kenyataan itu. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95516#sthash.7e9748eu.uudApSOH.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip