Nik Faisal sudah disoal, tidak perlu bantuan Interpol, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia tidak memerlukan bantuan Interpol untuk menjejak eksekutif SRC International Sdn Bhd bagi membantu siasatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan dan dana RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri.

Agensi anti rasuah Malaysia itu berkata ia sudah merekodkan kenyataan Nik Faisal Ariff Kamil daripada SRC International dan dalam proses menetapkan tarikh untuk menemui 2 lagi bagi membantu siasatan.

"Berkenaan 2 individu lain yang diperlukan SPRM, pihak terbabit sudah pun dihubungi dan usaha sedang diambil untuk bertemu dengan mereka bagi tujuan diambil keterangan.

"Oleh itu, SPRM tidak memerlukan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Interpol untuk akses kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 19 November, 2015.
MENYUSUL LAGI

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-faisal-selesai-disoal-tidak-perlu-bantuan-interpol-kata-sprm#sthash.XDdghTPY.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip