Apa lagi RPK mahu?
Kebelakangan ini, banyak artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin iaitu RPK di blognya mengenai SPRM. Kalau dikira-kira agak banyak jugak la. Melebihi 10 tau! Sampaikan diri ni tertanya-tanya apa sebenarnya masalah yang dihadapi RPK dengan SPRM ni.
Kalau diikutkan di blognya, RPK banyak mempersoalkan kredibiliti SPRM malah kes-kes lama habis dikoreknya untuk dijadikan bahan blognya. Apa signifikannya pun tidak dapat diketahui.
Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob turut menjadi mangsanya di beberapa tulisan. Dari gaya tulisan, nampak berdendam sungguh RPK ye.
Kagum pun ada sebenarnya dengan beliau ini. Lokasi beliau bukannya di Malaysia namun banyak betul cerita yang diketahui sampai luar dalam didedahkan kepada umum. Wow!
Persoalannya sekarang macam perkara ini dirancang oleh seseorang untuk memburukkan SPRM dengan mengetengahkan isu-isu negatif melibatkan SPRM. Kalau tak dirancang, macam mana beliau mampu untuk membuat penulisan hampir 10 artikel mengenai SPRM sahaja?
Sumber mana yang memberikan maklumat kepada beliau sedangkan beliau nun jauh di sana. Mesti ada yang dirisik-risik oleh sang merpati untuk sampai ke sana untuk dibuat penulisan. Siapa di sebalik dalang perkara ini, Wallahualam. Mustahillah beliau korek sendiri cerita-cerita tersebut. Entah betul ke tak pun tak tau la.
Tindakan SPRM yang tidak menjawab setiap persoalan yang diutarakan adalah tindakan betul. Tidak semua perkara perlu dilayan. Nak-nak lagi dengan orang macam ni. Buat tak tahu sudah la. Lama-lama tu pandai la senyap sendiri. Biar dia letih sorang-sorang. Yang penting sekarang, SPRM teruslah jalankan tugas kepada negara. Anda semua ada amanah yang perlu dipikul. Tidak lupa juga, masih ada yang menyokong SPRM untuk menunaikan kewajipan mencegah rasuah di negara tercinta ini. Fighting!

Comments
Post a Comment