SPRM sudah ambil keterangan Nik Faizal, harap selesai secepat mungkin
Pada 19 November lalu, SPRM telah mengeluarkan satu kenyataan di mana pihak mereka telah pun mendapatkan keterangan daripada salah seorang saksi berhubung isu SRC International iaitu Nik Faizal.
Dalam kenyataan yang diedarkan juga jelas menyebut mereka tidak perlu bantuan Interpol dan PDRM dalam menyelesaikan isu ini di mana mereka sudah pun menjejak dua lagi saksi yang mereka diperlukan.
Daripada apa yang diberitahu kepada umum, ia jelas menunjukkan pihak SPRM tidak main-main dalam menjalankan tugas serta serius dalam menyelesaikan hal ini. Hal ini patut diberi kredit kepada pihak mereka kerana berjaya mendapatkan keterangan dari salah seorang saksi yang dikehendaki dalam membantu siasatan.
Ternyata bukan mudah untuk menjejak saksi yang dikehendaki kerana terdapat pelbagai kemungkinan di mana mereka berada dan mengapa lokasi mereka disembunyikan dari pihak umum. Hanya mereka yang terlibat tahu apa yang berlaku sebenar-benarnya.
Tindakan SPRM mencari saksi tanpa memerlukan bantuan lain juga amat membanggakan kerana ia membuktikan pihak SPRM berkaliber dalam menyelesaikan kes berprofil tinggi. Ia juga menunjukkan SPRM komited dalam menyelesaikan isu yang menjadi perhatian ramai ini.
Diharapkan dengan kenyataan yang diberikan oleh Nik Faizal cukup untuk membantu SPRM dalam menyelesaikan isu yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat jelata Malaysia. Kami semua menantikan hasil siasatan pada hujung tahun ini. Good luck MACC!

Comments
Post a Comment